Sifat-sifat Fizik Kumpulan VIII

  • Saiz atom(jejari atom) semakin bertambah apabial menuruni Kumpulan VIII daripada Heluim kepada Radon.Ini kerana bilangan petala terisi elektron per atom gas adi semakin bertambah apabila menuruni kumpulan itu.
  • Semua gas adi mempunyai ketumpatan yang sangat rendah.
  • Semua gas adi mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah.Ini kerana gas adi terdiri daripada atom-atom tunggal (monoatom) yang diikat bersama oleh daya Van der Waals yang lemah dan hanya sedikit tenaga haba diperlukan untuk mengatasinya.
  • Semua gas adi tidak boleh mengkonduksikan elektrik dan haba.
  • Semua gas adi tidak boleh larut dalam air.